Hak-bum, Constantine Intai Peluang Kemudi Singapura
Asia
Kim Hak-bum/Yonhap
Advertisements

Selepas Tatsuma Yoshida mengundur diri sebagai jurulatih Singapura beberapa minggu sebelumnya, masa semakin mencemburui Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Dengan tempoh rehat antarabangsa bermula pada 21 Mac, FAS sudah pasti mahukan jurulatih baru bersedia mengemudi pasukan negara itu di peringkat antarabangsa.

Di sebalik kedudukan mereka ke-160 mengikut rangking FIFA, masih ramai jurulatih yang mengintai peluang menjadi jurulatih Singapura. Ini berdasarkan satu laporan The Straits Times yang mendedahkan lebih 50 resume jurulatih telah dihantar kepada FAS. Dua nama yang dianggap menonjol ialah bekas jurulatih pasukan Olimpik Korea Selatan, Kim Hak-bum dan bekas jurulatih pasukan India Stephen Constantine.

Hak-bum lebih dikenali di Liga Korea sebagai jurulatih Seongnam Ilhwa, Gangwon dan Gwangju. Semasa bersama pasukan bawah 23 tahun Korea Selatan, beliau membimbing pasukan yang turut dianggotai Son Heung-min memenangi pingat emas Sukan Asia 2018. Satu-satunya tugas kejurulatihan luar yang pernah diterimanya ialah bersama Henan Construction. Bagaimanapun, Hak-bum dipecat pada Mei 2011 akibat prestasi buruk Henan dalam liga.

Advertisements

Sementara Constantine pula melakar pencapaian cemerlang bersama India selepas dilantik buat kali kedua pada 2015. Dalam tempoh empat tahunnya bersama India, pasukannya berjaya layak secara merit ke Piala Asia 2019 dan menjulang Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) 2016. Constantine turut membawa India ke rangking ke-97 FIFA pada Disember 2018.

Sesiapa saja yang dipilih FAS sebagai pengemudi pasukan kebangsaan, mereka bakal berdepan jangkaan besar dalam kalangan penyokong. Ini kerana Yoshida bertanggungjawab membimbing pasukan ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 dan menjadi duri dalam daging kepada pasukan-pasukan gergasi. Pastinya ramai mengharapkan impak sama berlaku selepas kerusi panas itu diisi semula.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram