Hamidin: Surat Layang Ini Berbentuk Serangan Peribadi
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin berpandangan isu surat layang yang kini menjadi kontroversi adalah sebagai satu bentuk serangan peribadi.

Baru-baru ini tular sebuah hantaran e-mel mengandungi empat perkara utama yang menyatakan tentang isu penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.

Dato’ Hamidin kemudian tampil memberikan penjelasan mengenai isu surat layang tersebut sewaktu Kongres Tahunan FAM Kali Ke-60 yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya

Advertisements

“Saya sedih kerana surat layang itu datang pada 10 malam terakhir Ramadan tetapi kita kena tabah hadapinya. Kita tahu bila surat layang ini keluar, netizen ataupun peminat akan terus menghukum.”

“Saya ingin menyatakan tohmahan atau surat layang ini berbentuk serangan peribadi ke atas beberapa kepimpinan. Kita juga ingin menjelaskan apapun dari segi kewangan ataupun peraturan kita telah mengikuti standard SOP yang telah FAM buat.”

“Apa-apa yang kita buat melibatkan kewangan akan masuk jawatankuasa tetap masing-masing. Kita ada prosedur tersendiri dan bukan sewenang-wenangnya.” ujar Dato’ Hamidin.

Advertisements

Presiden FAM itu juga menegaskan bahawa badan induk tersebut terbuka untuk disiasat dengan lebih lanjut dan turut akan melakukan laporan polis bagi membendung isu surat layang tersebut.

“Kita berpendapat daripada statute FAM jika ada surat layang atau apa-apa berbentuk keraguan, kita akan membawa perkara ini kepada Tan Sri Aseh Che Mat selaku Independent Chairman Integrity dimana polis, SPRM dan imegresen semua ada dalam ini dan kita terbuka untuk disiasat.”

“FAM juga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung surat layang. Kalau tiap-tiap hari surat layang sampai, letih untuk kita. Jadi akan ada kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan sumber e-mel tersebut.”

Advertisements

“Exco bersetuju untuk buat laporan polis dan SKMM untuk melihat siapa yang menghantar emel ini kerana tindakan ini boleh mengeruhkan keadaan.”

“Saya sedih terlampau banyak kritikan tanpa memberi ruang untuk pihak FAM beri penjelasan dan seharusnya tidak boleh menghukum kita (FAM) sebelum sesuatu perkara terjadi.” jelasnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram