Hamidin Tak Tolak Kemungkinan TMJ Jadi Pengurus Harimau Malaya
Dunia
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin tidak menolak kemungkinan bahawa DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dilantik menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya.

Menjelang persiapan Malaysia menjelang aksi Piala Asia 2023 di Qatar, banyak desas-desus berbangkit mengenai Harimau Malaya yang dikatakan bakal menerima pengurus pasukan baharu.

Dalam satu majlis kesyukuran di Wisma FAM hari ini, wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapannya di Twitter sempat bertanya kepada Hamidin berkenaan kerjasama seterusnya FAM dan TMJ. Menurut Hamidin, apa salahnya jika TMJ menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya.

Advertisements

“TMJ pengurus skuad Harimau Malaya? Mengapa tidak,” ujar Hamidin.

Seperti yang sedia maklum, pengurus pasukan Harimau Malaya ketika ini adalah ketua jurulatih Malaysia iaitu Kim Pan-gon.

Tunku Mahkota Johor di laman IG Story miliknya sebelum ini ada memuat naik gambar memegang jersi Harimau Malaya bersama Hamidin. Beliau kini dilihat sebagai individu yang berpotensi besar untuk mengurus kem Harimau Malaya.

Advertisements

Tunku Ismail juga telah bersetuju untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai kegunaan pasukan kebangsaan sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan diselerenggara kelak.

“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi update dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap,” ujar TMJ.

Untuk rekod, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini telah banyak membantu dan memperuntukkan dana buat skuad kebangsaan. Ia bakal menjadi satu nilai tambah buat kem Harimau Malaya jika kerjasama ini tercapai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram