Hamidin Terpilih Sebagai Ahli Majlis FIFA
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Gulf Convention Centre, Manama, Bahrain hari ini telah melibatkan sebanyak tujuh orang pencalonan termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin yang bertanding bagi mengisi lima kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 hari ini telah memutuskan bahawa Hamidin secara sah telah diumumkan sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Advertisements

Beliau terpilih menjadi salah seorang daripada lima orang wakil AFC di Majlis FIFA. Bersama-sama Hamidin ialah Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Araneta dari Filipina, Sheikh Hamad Khalifa dari Qatar dan Yasser Almisehal dari Arab Saudi.

Dalam pada itu, Shaikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden AFC hingga tahun 2027.

Untuk rekod, Hamidin merupakan wakil Malaysia keempat yang dilantik sebagai ahli majlis FIFA selepas Lee Kee Siong pada 1960, Tan Sri Hamzah Samad pada 1972 dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2015.

Advertisements

Lembaran sejarah baharu buat arena bola sepak tempatan yang sekali lagi dapat melihat wakil Malaysia membawa nama negara di persada antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram