Hamidin Tinggalkan Pesanan Buat Bojan Hodak
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin hari ini telah tampil mengulas berkaitan kenyataan Bojan Hodak.

Baru-baru ini, pengendali KL City FC, Bojan Hodak mengeluarkan satu kenyataan seolah tidak berpuas hati dengan tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang tidak menggunakan sebaik mungkin khidmat dua pemainnya iaitu Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Declan hanya diturunkan kira-kira 10 minit untuk bermain sementara Zhafri Yahya tidak diturukan dalam kedua-dua perlawanan ketika di kejohanan King’s Cup, Thailand. Bagi Bojan, dua pemain ini hanya ke sana sekadar untuk makan angin.

Advertisements

Wartawan Astro Arena, Syifa Nasir dalam satu ciapan memaklumkan bahawa Hamidin mengingatkan Bojan Hodak agar tidak memberi sebarang respon lain berhubung Harimau Malaya.

Menurut Hamidin, Bojan Hodak sudah dua kali memberi komen berkaitan ini dan beliau sepatutnya memahami akan perkara tersebut kerana sebelum ini beliau juga pernah diberi peranan untuk mengendali skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram