Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Indonesia dan Malaysia di Gelora Bung Karno, Jakarta bakal menyaksikan puluhan ribu kehadiran penyokong apabila 25% tiket telah terjual.
Walaupun PSSI berdepan kritikan dengan harga tiket yang melambung tinggi di GBK, peminat bola sepak di Indonesia masih tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pertembungan dua wilayah Melayu ini.

Menurut salah satu sumber MakanBola di Jakarta, hasil risikan terhadap jualan tiket di sana hampir mencapai 20,000 tiket hanya selepas 4 hari jualan dibuka melalui medium dalam talian.
Dengan baki hari perlawanan ini diadakan tinggal 9 hari saja lagi, angka 20,000 tiket masih boleh dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan fenomena pembelian tiket yang perlahan di Malaysia.