Hannah Yeoh & Adam Adli Kekal Terajui Kementerian Belia & Sukan
UltraSukan
KBS Malaysia
Advertisements

Hannah Yeoh dan Adam Adli Abdul Hamid kekal menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti yany diumumkan hari ini.

Ini susulan pengumuman rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam yang lalu menyaksikan dua figura hebat ini kekal mendapat kepercayaan penuh.

Hannah dan Adam Adli telah melakukan beberapa penambahbaikan besar sepanjang setahun berada di kementerian tersebut.

Advertisements

Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik, menambahbaik Program Podium dan pembentukan Kod Sukan Selamat.

Selain itu, KBS turut memperkenalkan inisiatif merakyatkan kemudahan sukan milik kementerian itu seperti membuka Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada sekolah secara percuma untuk hari sukan.

Advertisements

Di samping itu, kementerian itu juga berjaya meningkatkan bilangan sukan yang layak untuk insentif cukai, mengurangkan birokrasi dalam kelulusan penganjuran acara dan membentuk Jawatankuasa Pertikaian Sukan.

Pencapaian dua figura hebat ini sekaligus menjustifikasikan kepercayaan Perdana Menteri untuk mengekalkan mereka sebagai peneraju KBS.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram