Hannah Yeoh Gembira Usaha MFL & Aeon Big Raikan Pelajar Dalam Program Back To School 2024
MFL
MFL
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyambut baik usaha Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan AEON BiG meraikan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Seramai 150 pelajar daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Sinar, Sekolah Kebangsaan Segambut Makmur dan Sekolah Kebangsaan Segambut diraikan dalam Program Back to School 2024 yang diadakan di AEON BiG Kepong hari ini.

Program tersebut turut mendapat sokongan Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut. 150 orang pelajar ini menerima baucar RM200 daripada AEON BiG untuk membeli barang kelengkapan persekolahan.

Advertisements

Barisan tetamu kehormat yang hadir menyampaikan sumbangan hari ini ialah Hannah, Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mohd Joehari Ayub, Senator Datuk Hisamudin Yahaya, Datuk Marzuki Sulong dan Dato’ Mohamed Suffian Awang.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan AEON BIG (M) SDN BHD, Sheikh Faroukh Sheikh Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

Hannah melihat usaha murni MFL dan AEON BiG ini patut dicontohi entiti-entiti korporat yang lain dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Advertisements

“Saya gembira kerana turut dijemput hadir untuk menyaksikan penyaluran bantuan kepada 150 anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan hari ini.

“Setiap penerima yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah masing-masing telah diberi bantuan sebanyak RM200 seorang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000 untuk program ini.

“Terima kasih kepada MFL atas sumbangan yang diberikan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam persediaan anak-anak untuk sesi persekolahan 2024 yang baharu,” katanya.

Advertisements

Sentimen Hannah turut dipersetujui Ghani. Beliau melihat inisiatif MFL ini mampu merapatkan lagi hubungan badan liga bola sepak tersebut dengan masyarakat.

“Bagi pihak MFL, ini adalah satu program yang cukup Istimewa di mana MFL dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat setempat.

“Pastinya program ini memberikan mesej yang baik di mana hubungan MFL dan AEON BiG bukan sekadar atas nama rakan penaja di pentas Liga Malaysia malah kerjasama ini membolehkan kami bergerak seiring dalam melaksanakan tanggung jawab sosial,” ujarnya.

Advertisements

Sementara Sheikh Farouk pula melihat inisiatif ini sebagai usaha berterusan AEON BiG dalam membantu pelajar-pelajar ini berjaya dalam pelajaran.

“Penganjuran program Back to School ini diyakini dapat meringankan beban golongan ibu bapa terutamanya yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan untuk anak-anak dalam sesi persekolahan pada tahun ini.

“Inisiatif itu secara langsung dapat menyuntik semangat belajar dan berjaya dalam kalangan pelajar,” jelasnya.

Program hari ini merupakan usaha berterusan MFL dalam merealisasikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram