Hannah Yeoh: Pastikan Tak Ada Sindiket & Pertandingan Itu Memang Wujud
UltraSukan
KBS
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersedia mempertimbang permohonan penyaluran dana secara telus kepada sukan-sukan bukan teras di Malaysia.

Penyaluran dana akan dibuat sekiranya kejohanan yang dianjurkan sesebuah badan sukan itu mampu memberi pulangan kepada negara.

Bagaimanapun, Hannah mengingatkan sebarang pertandingan yang dianjurkan mestilah bebas daripada elemen sindiket.

Advertisements

Selain itu, sesebuah pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan bukan teras wujud lebih-lebih lagi jika ia tersenarai dalam kalendar sukan antarabangsa.

“Mungkin untuk sukan lain terutama sukan bukan teras yang perlukan dana ini, kita (Kementerian Belia dan Sukan (KBS)) akan pertimbangkan mengikut kes (yang dibawa).

“Setiap permohonan ini (akan dinilai) oleh saya dan KSU (Ketua Setiausaha KBS) serta jawatankuasa di KBS.

Advertisements

“Kita memang akan nilai permohonan itu dan kita akan pastikan ia tak ada (elemen) sindiket, tak ada kartel kerana kita akan turun sendiri untuk melihat (dan kata,) ‘Ya, pertandingan ini memang wujud.’

“Kerana kita back pay kerana kita tak bagi sebelum pertandingan,” katanya kepada media selepas majlis pemeteraian kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.

Kenyataan ini dibuat lebih-lebih lagi selepas KBS akan menyalurkan dana padanan tambahan berjumlah RM50 juta buat penganjur kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Advertisements

Antara kejohanan yang sudah mendapat manfaat daripada dana tambahan ini ialah Pestabola Merdeka dan Kejohanan Golf Maybank.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram