Hannah Yeoh Tinjau Azizulhasni Awang Di Australia
UltraSukan
Azizulhasni Awang
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini meninjau persiapan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Melbourne, Australia.

Perkara ini dikongsikan Azizulhasni menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya pagi ini.

Hannah berkesempatan berbuat demikian kerana beliau merupakan antara menteri yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia selama empat hari bermula 3 Mac lalu.

Advertisements

Selain mengadakan perbincangan tentang tahap persediaan Azizulhasni ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, Hannah turut dibawa meninjau dua velodrom yang digunakan sebagai tempat latihan beliau.

Dua velodrom tersebut ialah Darebin International Sports Centre (DISC) dan Velodrom Brunswick.

“Terima kasih Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh yang sudi datang melawat fasiliti latihan saya di Melbourne iaitu Darebin International Sports Centre (DISC).

Advertisements

“DISC ini siap dibina pada tahun 2004 sebagai fasiliti latihan untuk atlet lumba basikal trek untuk kejohanan Sukan Komanwel Melbourne 2006 dahulu.

“Kami mengambil peluang untuk berbincang tentang keadaan semasa dan juga persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Di kesempatan itu juga kami pergi melawat Velodrom Brunswick iaitu velodrom asas luar yang juga menjadi tempat latihan saya pada waktu tertentu.

Advertisements

“Velodrom Brunswick ini dibina pada tahun 1956 dan masih utuh sehingga ke hari ini. Ia menjadi fasiliti pelbagai guna orang awam untuk komuniti setempat yang memberikan banyak manfaat,” katanya di X.

Azizulhasni turut menyimpan impian melihat velodrom asas seperti Velodrom Brunswick dapat diwujudkan di Malaysia.

Ini kerana selain dapat digunakan untuk tujuan latihan bagi pasukan berbasikal trek kebangsaan, velodrom sebegini boleh dijadikan sebagai tempat beriadah untuk orang awam.

Advertisements

“Saya sempat menyatakan impian saya kepada YB Hannah Yeoh untuk mempunyai velodrom asas seperti ini di setiap negeri di Malaysia suatu hari nanti,” ujarnya.

Azizulhasni baru-baru ini mencuri tumpuan peminat sukan negara apabila muncul pemenang tempat ketiga acara keirin dalam kejohanan berbasikal kebangsaan Australia di Brisbane.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram