“Hanya JDT Mampu Pecah Rekod Kedah” – Azraai Khor
MFL
KDA – JST
Advertisements

Bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah percaya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu merangkul tiga trofi Liga Malaysia iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia untuk musim 2023.

Azraai yakin hanya JDT satu-satunya pasukan Liga Malaysia ketika ini yang mampu memenangi tiga trofi dalam semusim selama dua musim berturut-turut. Prestasi yang dipersembahkan anak buah Tano Solari itu telah memberi keyakinan tambahan buat Azraai.

“Ada harapan untuk JDT musim ini. Saya rasa hanya JDT yang mampu pecahkan rekod Kedah untuk gelaran Double Treble.”

Advertisements

Ketika Azraai ditanya rakan pengulas di RTM adakah beliau sedih jika rekod yang disandang beliau dan Kedah itu disaingi JDT, Azraai menjelaskan bahawa beliau gembira jika JDT mampu melakar kejayaan seperti itu.

“Saya gembira jika JDT mampu. Kita dapat lihat sendiri kualiti yang dipamerkan JDT, mereka layak,” ujar Azraai.

Gergasi dari selatan ini telah mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023 selepas menewaskan KL City di pentas final tempoh hari. Pada semalam, JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super untuk kali kesepuluh berturut-turut. Kini JDT tinggal satu lagi misi penting iaitu di pentas Piala Malaysia untuk merangkul gelaran Treble 2023.

Advertisements

Untuk musim lepas, skuad Harimau Selatan sapu bersih kesemua trofi di Liga Malaysia. JDT muncul juara Liga Super 2022 dengan mengumpul 56 mata, rangkul gelaran Piala FA selepas menewaskan Terengganu 3-1 dan muncul juara Piala Malaysia selepas tundukkan Selangor di pentas final, 2-1.

Kini mereka dalam usaha untuk mengulangi pencapaian musim lepas seterusnya menyamai rekod yang pernah disandang pasukan Kedah pada tahun 2007 dan 2008.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram