Haqimi Azim Jelaskan Dua Punca Pemain KL City Tidak Cergas
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Penyerang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim menjelaskan dua punca pemain KL City tidak cergas untuk beraksi. 

Beliau akui pasukan perlukan masa untuk mencari keserasian dengan pemain-pemain baharu tahun ini supaya dapat beraksi dengan lebih baik di dalam padang.

Pemain berusia 19 tahun itu juga menyatakan cuaca dan padang antara faktor yang menjejaskan kecergasan pemain untuk beraksi dengan cemerlang.

Advertisements

Dalam pada itu, Haqimi yakin dapat membantu pasukan jika diberikan peluang sekaligus mahu meledak gol menentang Perak malam ini.

“Kami perlu menambakbaik lagi keserasian dan semangat juang untuk menjaringkan gol.”

“Pasukan berada di tahap yang baik, perlu bekerja keras lagi dan memahami taktikal yang diberikan oleh jurulatih Bojan Hodak.”

Advertisements

“Faktor cuaca dan padang menjejaskan kecergasan pemain untuk beraksi, kami tetap akan kekalkan semangat yang ada untuk pasukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

KL City bakal menerima kunjungan pasukan Perak yang dijadualkan berlangsung di Stadium KLFA malam ini dalam saingan Liga Super 2023 minggu kelapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram