Haqimi Azim Ingin Kekal Bersama KL City
Dunia
KL City FC
Advertisements

Penyerang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim menyatakan keinginan beliau untuk terus kekal bersama pasukan pada musim hadapan.

Pemain berusia 19 tahun itu kini semakin mendapat tempat bersama skuad kendalian Bojan Hodak sungguhpun lebih kerap dimasukkan selaku pemain gantian.

Haqimi berjaya memberi impak seperti yang diharapkan apabila menampilkan aksi yang memberangsangkan bersama pasukan.

Advertisements

Beliau juga tanpa berselindung berpuas hati dengan peluang yang diberikan sungguhpun baru meledak satu gol muaim ini.

Malah, beliau menyatakan keinginan beliau untuk terus kekal berjuang bersama pasukan pada musim hadapan.

“Syukur alhamdulillah saya dapat bermain buat pasukan utama KL City musim ini dan jurulatih (Bojan) nampak kebolehan saya untuk membantu pasukan.”

Advertisements

“Saya juga nak kekal bersama pasukan KL City pada musim hadapan.”

Haqimi juga menyatakana keterujaan untuk membantu pasukan mara sehingga ke pentas akhir Piala AFC 2022.

Kini, fokus pasukan terarah kepada saingan Piala Malaysia dalam usaha untuk merangkul kejuaraan tersebut sekali lagi seperti tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram