“Harap Doktor Banteras Penyakit Perak Sebelum Merebak” – Yusri Che Lah
Piala FA
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharwp atar pihak perubatan pasukan dapat mebanteras ‘wabak’ kad merah dalam pasukannya.

The Bos Gaurus terpaksa akur apabila tunduk 1-2 di SSMZA selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Advertisements

Beliau bagaimanapun memuji kerja keras dan komitmen yang ditonjolkan oleh setiap pemain yang berjuang bermati-matian.

Usaha tersebut digagalkan apabila penalti Safawi Rasid selain jaringan cantik Marin Pilj menyebabkan pasukan kendaliannya tersingkir.

Advertisements

Yusri bagaimanapun menuntut agar para pemainnya dapat lebih mengawal keadaan dan emosi setelah dua kali dilayangkan kad merah bertemu Terengganu.

“Sepanjang saya bergelar pemain, saya bukanlah seorang yang suka mengutip kad, jadi sudah pasti perkara sebegini tidak saya ajarkan kepada para pemain.

Advertisements

“Mungkin perkara itu berlaku dalam keadaan sama, mungkin juga berlaku pada musim lepas dan mungkin menjadi penyakit seperti yang dikatakan. Saya harap doktor melakukan sesuatu untuk membanteras penyakit ini.

“Takut seperti covid, ia boleh merebak,” jelas Yusri Che Lah selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Perak juga merancang untuk mengheret permainan hingga masa tambahan sambil fokus pasukan adalah untuk mencari jaringan awal di laman lawan.

“Situasi ketika pasukan bolos dua jaringan itu juga tidak berlaku sebelum ini, mungkin pemain terlalu mempertahankan jaringan yang diperoleh sehingga menyebabkan tindakan luar jangka berlaku,” jelasnya.

Advertisements

Perak akan bertemu Selangor bagi aksi ke-4 Liga Super pada 23 Jun 2024 jam 5:30 petang.

News Comments Account