“Harga Dia Tak Masuk Akal, Maguire Hanya Mampu Angkat Tangan Dan Mengharapkan Offside” – Paul Parker
Dunia
Givemesport
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Paul Parker dilihat berkeras terhadap pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer untuk menukar ketua pasukan Harry Maguire dengan pemain yang lain.

Harry Maguire disifatkan sering menjadi penyebab kepada gawang United dibolosi dan beliau sering meletakkan United berada dalam keadaan bahaya ketika perlawanan berlangsung. Menurut Paul Parker ini merupakan satu keputusan yang mengarut.

“Manchester United memberikan tugas sebagai ketua pasukan kepada Maguire terlalu awal. Ia membuatkan ramai pihak yang terkejut, ia adalah suatu yang mengarut. Dia tidak pernah memberikan aksi terbaik sejak hari pertama.”

Advertisements

Bekas pemain Manchester United itu menyatakan kekesalan terhadap Maguire kerana tidak dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Oleh itu, untuk mengetuai pasukan gergasi besar ini, bukanlah suatu yang mudah.

“Dia (Maguire) bukan pemain terbaik untuk menjadi ketua pasukan sebuah kelab besar se­perti Manchester United ketika ini. Dia perlu membetulkan cara permainannya kerana banyak perlawanan yang disertai sangat mengecewakan,” katanya.

Sementara itu, United harus akur dengan pencapaian pemain pertahanannya yang tidak memuaskan. Beliau dilihat kurang fokus pada setiap penampilan. Paul Parker menyatakan bahawa tanda gaji Harry Maguire juga merupakan satu perkara yang tidak munasabah.

Advertisements

“Apa yang United bayar untuk mendapatkan Maguire adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah. Dia adalah seorang pemain pertahanan yang hanya mampu mengangkat tangan dan mengharapkan pemain lawan berada dalam keadaan ofsaid.”

“Dia sering membuatkan rakan sepasukannya dalam kea­daan sukar dan sentiasa memerlukan bantuan. Dia juga sering menyalahkan pemain lain,” jelasnya. – AGENSI

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram