Bilionair terkenal, Elon Musk pada kelmarin telah bersetuju untuk membeli sebuah aplikasi media sosial iaitu Twitter.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu telah memeterai perjanjian dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion iaitu bersamaan RM191.5 bilion menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu berjalan dengan lancar.
Individu terkaya dunia itu menjelaskan bahawa beliau akan menjadikan Twitter sebagai platform utuh yang membina kepercayaan dalam kalangan pengguna seterusnya meneruskan legasi kebebasan untuk bersuara.
Apa yang lebih menarik, harga yang Elon Musk bayar untuk membeli Twitter ini nilainya lebih kurang sama dengan harga pembelian beberapa kelab gergasi bola sepak dunia.
Kelab bola sepak ternama yang mampu Elon Musk beli dengan bermodalkan 40 Billion Dollars ialah Manchester United, Real Madrid, Bayern Munich, Barcelona, PSG, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Marseille, Liverpool, Borussia Dortmund dan Juventus
Ramai yang maklum bahawa Elon Musk suka melakukan perkara yang diluar jangkaan bahkan dalam kehidupannya sendiri, beliau telah berkahwin tiga kali, dua kali dengan wanita yang sama dan mempunyai lapan orang anak. Elon Musk kini mempunyai lebih 88 Juta pengikut di Twitter dan ramai yang berharap beliau dapat menjadikan platform itu lebih baik dengan mempertingkatkan banyak ciri serta inovasi.
Sekiranya satu hari nanti beliau mula menceburi dan berminat untuk melabur dalam sukan bola sepak, pasti tidak terjangkau bagaimana rupa pasukan yang dimiliki oleh Elon Musk itu nanti.