Advertisement
Harini Dijangka Ambil Alih PJ City
Dunia
MakanBola
Harini ft

Desas-desas kuat mengatakan bahawa PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan susulan masalah kewangan yang dihadapi.

Menurut perkongsian pengacara sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mendedahkan bahawa pasukan Harini FC kini dalam proses terakhir untuk mengambil alih PJ City.

Pada September yang lalu, MFL ada mengumumkan bahawa Harini FC antara pasukan yang menunjukkan perubahan yang baik.

Ini menandakan kemungkinan Harini sudah bersedia untuk mengambil alih slot tersebut.

Untuk rekod, Harini FC berjaya memperoleh kedudukan pertama dalam Liga M3 2022 bagi kumpulan B dengan mencatatkan 10 kemenangan, 5 seri dan 3 kekalahan dalam 18 perlawnaan berlangsung.

Namun, Harini FT terpaksa akur di pusingan suku akhir Liga M3 selepas tewas kepada Imigresen FC secara agregat 3-2.

Pada ketika ini, masih tiada lagi apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak berkaitan berkenaan perkara ini.