Harith Haiqal Dedah Kunci Kekebalan & Keserasian Pasukan
Dunia
Sportflex Media
Advertisements

Pertahanan kental kebangsaan, Harith Haiqal Adam Afkar dalam satu temu bual selepas sesi latihan di Padang MSN Bukit Jalil menjelaskan beliau memang sudah serasi apabila diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Ahmad Zikri Khalili dan Azrin Afiq.

Beliau menjelaskan keserasian mereka sudah bermula sejak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Ketika ini, bermain bersama dalam satu pasukan di Selangor II juga memberi kelebihan tambahan untuk mereka bertiga membentuk gandingan sempurna.

“Kami bertiga dah main lama, bukan sahaja ketika di Selangor malah sewaktu di AMD lagi. Saya rasa sedikit sebanyak ia memudahkan lagi kerja kami di atas padang. Jadi kami lebih faham antara satu sama lain.”

Advertisements

Anak jati Klang, Selangor ini mengakui banyak pengajaran yang beliau pelajari ketika di temasya Sukan Sea baru-baru ini. Bagaimanapun Harith Haiqal menegaskan bahawa tahap komunikasi antara tiga bek tengah skuad negara ketika ini sedang berada pada tahap terbaik.

“Dalam masa seminggu lebih ini kita dapat baiki beberapa kelemahan kita ketika di Sea Games tempoh hari. Tambahan komunikasi antara kami para pemain atas padang juga amat baik,” ujar Harith kepada Harimau Malaya.

Untuk rekod, Harith, Azrin dan Zikri merupakan graduan AMD batch 2002. Selepas tamat di AMD, mereka telah melengkapkan perpindahan ke pasukan Selangor II pada 2021. Mereka kini sering menjadi regular starter dalam saingan Liga Premier.

Advertisements

Anak buah Brad Maloney bakal berlepas ke Uzbekistan bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 bermula 1 Jun nanti. Malaysia berada dalam saingan Kumpulan C bersama-sama pasukan Korea Selatan, Vietnam dan Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram