Harry Kane Didakwa Manja, Ponteng Latihan Spurs
Dunia
Advertisements

Pemain sasaran Manchester City, Harry Kane membangkitkan kemarahan pihak pengurusan dan penyokong Tottenham Hotspur apabila beliau didapati tidak menghadiri latihan seperti yang dijadualkan.

Kane diberikan cuti rehat selama 3 minggu selepas membantu England mara ke perlawanan akhir Euro 2020. Pihak pengurusan tidak dapat memberikan sebab yang lebih terperinci mengenai ketiadaan Kane di sesi latihan.

Rakan senegara Kane iaitu Jack Grealish yang juga merupakan sasaran Manchester City, dilihat hadir dalam sesi latihan bersama kelabnya Aston Villa walaupun bidaan 100 juta pound sterling telah dikemukakan oleh Manchester City.

Advertisements
Penampakan Jack Grealish pada permulaan video

Lantas peminat bola sepak mempersoalkan tahap profesional Harry Kane yang dilihat tidak menghormati kontrak bersama Spurs. Kontrak beliau bersama Spurs akan tamat pada 2024 selepas beliau menandatangani kontrak 6 tahun pada tahun 2018

Untuk rekod, pada musim lepas Harry Kane berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris selepas menjadi penjaring terbanyak liga dengan 23 gol.

Advertisements

Pengendali baharu Spurs, Nuno Espirito Santo berkata “Harry Kane ialah pemain kami. Dia milik kami. Noktah. Tak perlu bercakap mengenainya lagi”

Sepanjang karier beliau bersama Spurs, Kane telah menjaringkan 221 gol yang menjadikan beliau di tangga kedua penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Spurs dibelakang Jimmy Greaves yang merekodkan 266 gol.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram