Harry Kane Sertai Gergasi Jerman, Bayern Munich
Dunia
Spurs
Advertisements

Penyerang profilik England, Harry Kane sah akan sertai Bayern Munich dengan kontrak 4 tahun seperti yang disahkan oleh wartawan terkenal Eropah Fabrizio Romano.

Fabrizio Romano menyatakan di laman Twitternya bahwa penyerang Spurs itu sah akan sertai Bayern Munich dengan nilai 100 juta dan tambahan 20 juta.

Kini, penyerang berusia 30 tahun itu baru sahaja lepas ujian perubatan dan akan terbang ke Jerman pagi ini (waktu Eropah) untuk menandatangani kontrak baharu tersebut. 

Advertisements

Menurut David, sebelum ini Bayern Munich telah menawarkan nilai kontrak hampir mencecah 100 juta dan dianggarkan jumlahnya adalah daripada 86.4 juta atau boleh mencapai 110 juta. 

Harry Kane dijangka akan memakai jersi no 9 selepas beliau telah bersetuju untuk sertai gergasi Jerman itu.

Untuk rekod, penyerang kelahiran England ini telah menjaringkan 350 gol buat pasukan kebangsaan dan juga kelabnya, Tottenham Hotspur.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram