Dalam satu laporan dari akhbar UK, The Sun menyatakan Manchester United bersetuju untuk membayar RM463 juta untuk mendapatkan Harry Maguire daripada Leicester City.
Menurut portal berkenaan, Harry Maguire akan menjalani ujian kesihatan bersama Man Utd minggu ini bagi melengkapkan rekod perpindahan pemain pertahanan pada harga tertinggi dunia.
Masa Depan Marcos Rojo, Eric Bailly & Phil Jones
Menurut laporan Telegraph, masa depan ketiga-tiga pemain ini menjadi tanda tanya sekiranya Maguire sah menjadi milik United di mana Ole Gunna Solkjaer mungkin akan menjual salah seorang pemain untuk memberi ruang kepada bahagian pertahanan.
Selain Harry Maguire, United juga dihubungkan dengan perpindahan pemain Portugal, Bruno Fernandes bagi mengisi menguatkan jentera tengah pasukan berkenaan.