Gareth Southgate: Data Jadi Saksi Harry Maguire Pertahanan Terbaik Manchester United
Dunia
talkSPORT
Advertisements

Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate memuji impak yang dibawa oleh kapten Manchester United, Harry Maguire terhadap pasukan musim ini.

Beliau juga menegaskan bahawa Manchester United beruntung kerana memiliki pertahanan dengan kualiti seperti Maguire kerana sudah psti memberi impak yang cukup besar di atas padang.

Southgate juga mengakui pertahanan berusia 29 tahun itu juga merupakan antara pilihan utama oleh mana-mana jurulatih yang membimbingnya.

Advertisements

“Harry Maguire tetap pertahanan terbaik mereka (United).”

“Saya yakin jurulatih juga mempunyai pandangan yang sama terhadapnya.”

Sambil itu, bekas pemain kebangsaan England itu juga memuji konsistensi yang ditampilkan oleh bekas pertahanan Leicester City ini ketika menyarung jersi kebangsaan selain membentuk gandingan yang baik bersama rakan sepasukan.

Advertisements

“Statistik menunjukkan Maguire memberikan aksi yang cukup konsisten di atas padang.”

“Pada sesetengah tahap, beliau merupakan antara dua atau tiga pertahanan terbaik dalam kalangannya,” jelas Southgate dalam satu temubual.

Beliau juga sempat memuji gandingan mantap antara Maguire dan juga pertahanan Manchester City, John Stones ketika mengemudi benteng pertahanan England.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram