Harry Maguire Terlepas Aksi Terakhirnya Bersama Manchester United
Dunia
Manchester United
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal terlepas peluang untuk beraksi pada musim ini selepas beliau disahkan cedera baru-baru ini.

Kapten pasukan The Red Devils ini merupakan antara pemain utama dalam pasukan untuk mengetuai barisan pertahanan sungguhpun sering dikritik hebat.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu sering menjadi sasaran para peminat yang meletakkan harapan yang cukup besar buatnya untuk membimbing barisan pertahanan pasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, khidmat pertahanan kebangsaan England itu seakan sudah boleh dilupakan sehingga penghujung musim selepas beliau dikatakan mengalami kecederaan menjelang pertemuan menentang Chelsea.

Ini sekaligus bakal membuka ruang buat barisan pertahanan lain dengan nama-nama seperti Eric Bailly, Phil Jones dan juga Victor Lindelof sedia diturunkan untuk mengisi kekosongan dan bergandingan bersama Raphael Varane.

Manchester United kini sedang menghadapi tekanan dengan nama-nama pemain utama seperti Jadon Sancho, Paul Pogba, Luke Shaw dan Edinson Cavani turut terlepas pertemuan penting ini.

Advertisements

Hal ini sudah pasti membuatkan barisan kejurulatihan United terus mencari formula untuk memburu kemenangan bermakna dalam perlawanan ini.

Manchester United kini berada pada tangga ke-6 dalam liga dengan 54 mata, 6 mata dipisahkan dengan pasukan tangga ke-4 iaitu Arsenal dengan 60 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram