Harry Maguire Dikatakan Tolak Lamaran Barcelona, Ingin Terus Berbakti Kepada Manchester United
Dunia
Football Joe
Advertisements

Pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire ingin terus berbakti kepada pasukannya selepas desas-desus melibatkan perpindahan beliau ke Barcelona sebelum ini.

Kapten berusia 29 tahun itu sedang melalui musim yang kurang memberangsangkan bersama The Red Devils selepas seringkali menjadi sasaran atas kelemahan benteng pertahanan United.

Oleh yang demikian, timbul persolan mengenai masa depan pemain ini selepas dikhabarkan beliau berkemungkinan tidak berada dalam percaturan jurulatih baharu, Erik Tan Hag.

Advertisements

Pertahanan kebangsaan England ini dilaporkan bakal menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain yang menyaksikan beliau bakal berhijrah ke Barcelona dan Frankie De Jong ke Old Trafford.

Menurut satu kenyataan, United menawarkan nama-nama seperti Marcue Rasford, Harry Maguire dan juga Alex Telles sebagai pertukaran buat De Jong.

Walau bagaimanapun, Barcelona lebih terarah untuk mendapatkan khidmat Mc Tominay dan juga Elanga yang dilihat memiliki potensi yang lebih besar dan memenuhi kriteria yang dimahukan Xavi.

Advertisements

Ini juga sekaligus bakal menyaksikan Maguire berkemungkinan kekal di Old Trafford pada musim hadapan.

Barcelona dijangka melakukan perbincangan dalam masa terdekat mengenai kemungkinan ini sungguhpun sumber mengatakan bahawa De Jong berminat untuk kekal berada di Camp Nou pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram