Hasrat Bintang ‘RM3.6 Juta’ Argentina Ke Liga Malaysia Tidak Kesampaian
Transfer
Enzo Perez
Advertisements

Hasrat pasukan Liga Malaysia untuk menyambar khidmat pemain tengah berpengalaman River Plate, Enzo Perez tidak kesampaian.

Pemain berusia 37 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Argentina selepas menerima beberapa tawaran dari luar negara.

Bekas bintang Valencia ini difahamkan menerima beberapa tawaran daripada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad dan berpotensi bergabung dengan bekas ketua jurulatih, Marcelo Gallardo.

Advertisements

Selain itu, menerusi beberapa laporan daripada media di Argentina, terdapat usaha daripada kelab di Malaysia untuk mendapatkan khidmat Enzo Perez bagi memantapkan jentera tengah pasukan.

Beliau difahamkan telah menolak tawaran tersebut sekaligus menyaksikan hasrat penyokong di Liga Malaysia untuk menyaksikan aksinya tidak tercapai.

Advertisements

“Dua bulan lalu Estudiantes telah mengaktifkan operasi rayuan untuk memuktamadkan kepulangan Enzo Pérez. Malah, dalam pertemuan malam juara Libertadores itu memberi tekanan untuk membawa pemain ini.”

“Pemain tengah itu sudah menolak tawaran dari Malaysia serta tawaran tidak rasmi daripada Inter Miami,” ujar wartawan Argentina, Renzo Pantich.

Advertisements

Enzo beraksi dalam 43 perlawanan pada musim ini dan kekal menjadi pilihan barisan kejurulatihan sungguhpun berada pada lanjut usia ketika ini.

Antara muka lain yang dikaitkan ke Liga Super Malaysia ialha pertahanan tengah FC Seoul, Osmar Barba ke Kedah namun telah dinafikan oleh pengurus pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram