Usaha Kelab Malaysia ‘Pancing’ Kapten River Plate Tular Di Argentina
MakanBola
River Plate
Sponsors

Usaha kelab Malaysia yang dikatakan mahu menyambar khidmat kapten kelab gergasi Argentina kini sudah mula tular di Argentina.

Hal ini susulan perpindahan perancang tengah San Lorenzo, Jalil Elias yang kini menapak di Liga Super Malaysia bersama juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Beberapa laporan yang diberikan oleh wartawan di Argentina termasuklah Renzo Pantich yang memberitahu mengenai hasrat kelab Malaysia untuk mendatangkan seorang lagi pemain kelab di sana iaitu Enzo Perez.

Ad

Perancang tengah berusia 37 tahun itu difahamkan telah menerima beberapa tawaran luar termasuklah dari Malaysia dengan gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.

Beliau bagaimanapun masih menanti tawaran daripada bekas jurulatihnya, Marcelo Gallardo selepas difahamkan hanya menerima dua tawaran rasmi iaitu dari Estudientes dan juga kelab dari Malaysia.

Ad

Identiti kelab Malaysia itu bagaimanapun tidak disebut secara rasmi oleh mana-mana laporan dari Argentina.

Ad

“Enzo Pérez mahu Marcelo Gallardo berhubung dengannya semula untuk melihat sama ada ketibaannya ke Al Ittihad boleh berlaku. Buat masa ini, tawaran rasmi yang dia ada adalah daripada Estudiantes dan bola sepak Malaysia.”

Enzo masih menjadi tunjang utama buat kelabnya, River Plate sungguhpun sudah lanjut usia dengan beraksi hampir 43 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.