Hasrat Nick Swirad Sertai Harimau Malaya Tertangguh Di England
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Hasrat pertahanan tengah Sri Pahang FC, Nick Swirad untuk menyarung jersi Harimau Malaya masih tertangguh disebabkan urusan beliau di England.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tunjang di bahagian tengah pasukan bersama beberapa lagi pemain seperti Muslim Ahmad dan lain-lain.

Namun begitu, beliau tidak dapat memperkuatkan pasukan disebabkan masalah keluarga yang melandanya.

Advertisements

Swirad memaklumkan bahawa beliau terpaksa menolak peluang keemasan tersebut disebabkan masalah keluarga yang perlu diselesaikannya di Manchester.

Hal ini menyaksikan beliau terlepas peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan buat kali kedua.

“Seperti yang kamu semua tahu, saya sebenarnya terpilih untuk menyertai pasukan.

Advertisements

“Akan tetapi, saya mengalami masalah keluarga dan perlu segera pulang ke rumah saya.”

Bekas pemain Selangor ini juga memaklumkan bahawa sudah pun menjelaskan situasi sebenarnya kepada FAM.

“Saya sudah memaklumkan tidak dapat menyertai kem latihan dan hanya dapat kembali pada Sabtu depan.”

Advertisements

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memahami keadana saya namun berkata ia akan menjadi tidak adil buat pemain-pemain lain dan itu memang benar.”

Nick meluahkan kekecewaannya kerana masih tidak berkesempatan untuk membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan berprestij ini.

“Malangnya, selepas tidak dapat menyertai skuad negara kerana kecederaan sebelum ini, ini jelas menjadi situasi yang mengecewakan buat saya,” katanya.

Advertisements

Malaysia bakal memulakan kempen Piala AFF tidak lama lagi dan Kim Pan-gon sudah tentu mahu membentuk gandingan terbaik dengan barisan muka baharu yang cukup mengujakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram