Hassan Sazali Percaya Malaysia Mampu Saingi Korea Selatan
Dunia
FAM
Advertisements

Kegagalan pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) untuk layak ke Piala Asia Bawah 20 tahun hadapan jelas sekali menimbulkan kerisauan. Apabila bercerita mengenai pasukan peringkat umur, sudah tentu ianya berkisar tentang pembangunan akar umbi.

Namun bagi pengendali Malaysia B-19, Hassan Sazali Waras, beliau tetap optimis dengan pemain-pemain yang dibawa ke Mongolia. Hassan menganggap perjalanan pemain-pemain ini masih panjang dan mampu menyinar jika diberikan pendedahan secukupnya.

“Saya percaya jika kelompok pemain ini diberi peluang dengan perlawanan antarabangsa serta aksi kompetitif dalam liga tempatan, kita akan seiring dengan pasukan yang menguasai di peringkat Asia seperti Korea Selatan,” katanya.

Advertisements

Kekalahan 6-2 kepada Korea Selatan perlu dilihat secara positif kerana pemain-pemain muda mempamerkan naluri menyerang walaupun mengetahui Korea Selatan lebih baik dari setiap sudut.

“Jadi positifnya adalah saya lihat ramai pemain berbakat dikenalpasti untuk kemajuan selanjutnya bagi menjadi pemain kebangsaan khususnya untuk skuad B-23.

“Kita tahu banyak lagi kejohanan pada masa depan contohnya Sukan SEA 2023 dan 2025 serta kelayakan Olimpik,” ujar beliau kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Untuk rekod, skuad B-19 negara dikatakan menjalani persediaan yang kurang baik apabila hanya sempat mengadakan satu perlawanan persahabatan sahaja iaitu dengan menentang Skuad Projek FAM-MSN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram