Hassan Sunny Beri Inspirasi, Berjuang Demi Maruah Negara
Dunia
SleaguePodcast
Advertisements

Penjaga gol kebangsaan Singapura, Hassan Sunny telah mencuri perhatian peminat bola sepak seluruh asia setelah aksi mantapnya dalam perlawanan malam semalam. Singapura bagaimanapun tewas kepada Indonesia secara agregat 5-3.

Hassan Sunny berjaya mempamerkan aksi memukau apabila beliau beberapa kali menjadi penyelamat kepada kubu Singapura. Walaupun bolos sebanyak empat jaringan, namun usaha keras dan semangat yang kental dalam diri Hassan wajar dipuji. 

Penjaga gol yang sudah mencecah usia 37 tahun ini membuktikan kredibilitinya sebagai orang yang paling layak menjaga benteng terakhir Singapura. Serangan bertubi-tubi dari barisan serangan Indonesia beberapa kali dikekang Hassan.

Advertisements

Hassan dilihat sedaya upaya berusaha untuk menyelamatkan bola dari dibolosi. Bukan sahaja rebahan badan dan menyelamatkan bola menggunakan tangan, Hassan turut menggunakan kaki dan terbang tinggi menumbuk bola keluar demi menggagalkan asakan lawan.

Namun begitu, khidmat Hassan terhenti pada minit-minit akhir permainan apabila Hassan dilayakan kad merah apabila mengasari pemain Indonesia. Pengadil yang mengesan tindakan Hassan tersebuat mengarahkan beliau keluar padang.

Sikap terpuji dan pengorbanan Hassan wajar dipuji. Beliau bersungguh bermain demi negara, berjuang bermatian demi maruah negara tercinta.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram