Hatrik Arif Aiman Buktikan Nilai Sebenar Beliau Di Asia
Dunia
SNE Images
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala FA Malaysia 2022 antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Penang FC menyaksikan JDT berjaya melayakkan diri ke pentas final setelah menewaskan Penang dengan keputusan 6-1. 

Pemain paling bernilai ABK 2021, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan apabila beliau menjadi watak penting pasukan dalam melakar kemenangan. Prospek muda negara yang berusia 20 tahun itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam aksi hari ini.

Pada minit ke-48 permainan, Arif Aiman tenang meledak menerusi satu rembatan kencang menewaskan penjaga gol Penang, Hafizul Hakim.

Advertisements

Selang tiga minit selepas jaringan itu terhasil, Arif sekali lagi menambah derita pasukan pelawat apabila beliau menjaringkan gol keempat buat JDT. 

Arif terus meletakkan JDT selesa mendahului di hadapan apabila pada minit ke-62 permainan, Arif Aiman mencatat hatrik setelah beliau memanfaatkan hantaran pendek Bergson dengan satu percubaan yang akhirnya menembusi jaring.

Kemampuan pemain yang kini bernilai RM 1.4 juta ini tidak lagi dapat disangkal. Keberadaannya dalam skuad JDT telah mendatangkan hasil yang bernilai kepada kelab.

Advertisements

Tiga jaringan Arif pada malam ini memastikan JDT meraih kemenangan besar menewaskan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan sekaligus pasukan Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir Piala FA dengan penuh bergaya.

Pentas akhir menyaksikan JDT bakal bertemu antara pasukan Terengganu atau Selangor. Terengganu dan Selangor masing-masing akan berentap pada esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram