Manchester United memperoleh kemenangan penuh dramatik menewaskan Tottenham dengan Cristiano Ronaldo menjadi watak penting selepas berjaya mencatat hatrik dalam kemenangan 3-2 di Old Trafford.
Ronaldo menggegarkan Old Trafford menerusi jaringan ikoniknya dari luar kotak penalti pada minit ke-12 menewaskan Hugo Lloris.
Tonttenham yang tersentak dengan jaringan awal tersebut berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Harry Kane.
Cristiano Ronaldo walaubagaimanapun sekali lagi menjadi wira buat pasukan Manchester United selepas berjaya memperoleh jaringan ke-2 selang 3 minit kemudian dalam satu serangan balas selepas menerima hantaran Jadon Sancho yang berjaya melepasi perangkap offside Spurs.
Bersambung babak ke-2, Tottenham memperkemaskan asakan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan sendiri si kayu Harry Maguire.
Tersentak dengan jaringan si kayu, Manchester United memasukkan Cavani dan mempertingkatkan serangan dan akhirnya Cristiano Ronaldo berjaya memperoleh jaringan ke-3 Manchester United menerusi tandukannya pada minit ke-81 menjadikan kedudukan 3-2.
Perlawanan berkesudahan Manchester United menang ke atas Tottenham 3-2 di Old Trafford.