Hatrik Terpantas Karim Benzema Pecah Rekod La Liga Sejak 22 Tahun
La Liga
Real Madrid C.F.
Advertisements

Sejak mengumumkan persaraannya dari skuad kebangsaan Perancis pada hujung tahun lepas, Karim Benzema terus membuktikan bisanya sebagai penyerang Real Madrid. Dan terbaru, hatrik yang dicatat beliau dalam perlawanan menentang Valladolid hari ini merupakan yang terpantas dalam sejarah La Liga!

Kali terakhir rekod ini dicipta ialah pada 1991 menerusi bek tengah legenda Los Blancos, Fernando Hierro. Hierro menjaringkan tiga gol semasa membantu Real Madrid membenam Espanyol 5-1 dalam perlawanan La Liga musim 1991-1992.

Dan kini selepas 22 tahun, rekod tersebut dipecahkan oleh Benzema yang kini sudah berstatus legenda di Bernabeu. Selepas Rodrygo membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-22, bekas penyerang Lyon itu mencipta hatrik menerusi gol pada minit ke-29, 32 dan 36.

Advertisements

Lebih menarik, semua gol ini dicipta pada separuh masa pertama perlawanan. Dengan tempoh rehat yang berjalan semasa artikel ini ditulis, tidak mustahil akan ada tambahan gol daripada Los Blancos pada separuh masa kedua.

Rekod sebegini sudah pasti akan membantu Benzema untuk mengakhiri musim dengan cemerlang bersama Real Madrid. Dengan kejuaraan liga dilihat semakin hampir digapai Barcelona, bisa penyerang Perancis itu ditagih Los Blancos untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram