Haydee Agras Jadi Pengulas Jemputan Perlawanan La Liga
Dunia
Instagram: Haydeeagras
Advertisements

Bekas pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras difahamkan menjadi pengulas jemputan bagi perlawanan La Liga.

Beliau dijemput oleh sebuah stesen radio di Sepanyol, La Cadena SER bagi mengulas perlawanan diantara Celta Vigo menentang Espanyol semalam.

Menurut laman rasmi Instagram miliknya, bekas pemain futsal ini akui ianya satu pengalaman yang baru buat dirinya.

Advertisements

“Ia adalah pengalaman yang hebat untuk memberikan pandangan untuk perlawanan di antara Celta Vigo menentang Espanyol pada hari pertama saingan La Liga musim ini,” kata Haydee Agras di Instagram.

Memetik laporan daripada Grandstandkita.net, Haydee Agras diberikan tugas mengulas perlawanan tersebut dari sudut pandangan beliau dari segi taktikal.

Dalam gambar di hantaran milik Haydee, beliau bersama dua orang wartawan terbaik daripada stesen radio yang terbesar di Sepanyol.

Advertisements

Perlawanan antara Celta Vigo dan Espanyol itu berkesudahan seri dengan jaringan 2-2.

Ianya satu pengalaman yang terbaik buat bekas pakar analisis JDT ini selepas hampir empat tahun berkelana di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram