Haydee Agras Tinggalkan JDT
Dunia
Haydee Agras
Advertisements

Pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras dilaporkan sudah lagi tidak berkhidmat bersama pasukan selatan tanah air itu.

Beliau yang sudah pun berkhidmat bersama pasukan Harimau Selatan sejak tahun 2019 difahamkan bakal meninggalkan pasukan setelah pemergian ketua jurulatih, Benjamin Mora.

Bekas pemain futsal ini dilaporkan bertugas untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

Advertisements

Peranan yang dibawa oleh Agras amat besar dalam pasukan JDT dan beliau juga merupakan antara tulang belakang kepada kejayaan Harimau Selatan selama ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial beliau hari ini, pakar analisis data berusia 38 tahun ini mengumumkan perpisahannya bersama JDT.

Advertisements

“Saya sudah berada di kelab ini sejak tahun 2019 dan hari ini adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal.”

“Banyak perkara yang saya belajar dan mengambil pengalaman daripadanya dan sudah pasti akan saya bawa sepanjang hidup saya.”

Advertisements

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada TMJ atas peluang yang diberikan selama ini.

“Terima kasih kepada TMJ kerana memberi saya peluang untuk berada menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.”

Advertisements

“Saya terhutang budi dengan peluang yang diberikan untuk mengembangkan lagi kerja saya dan berjuang untuk pihak kamu,” katanya pada hantaran tersebut.

Beliau antara orang kuat Benjamin Mora ketika di JDT dan berperanan memberi nasihat berkaitan statistik bola sepak.

Agras difahamkan mempunyai Ijazah dalam Aktiviti Fizikal dan Sains Sukan daripada UCAM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram