Haziq Nadzli Kukuhkan Benteng Akhir Kuching City
MakanBola
Kuching City FC

Kuching City berjaya merekrut khidmat penjaga gol pasukan Harimau Malaya, Haziq Nadzli.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu kenyataan oleh pihak Kuching City di media sosial yang memperkenalkan ketibaan Haziq Nadzli sebagai pemain baharu The Cats untuk musim akan datang.

”Selamat datang Haziq Nadzli ke Kuching City FC!” umum pihak kelab.

“Penjaga gol berpengalaman ini bersedia membuka lembaran baharu bersama Kuching City FC.”

“Dengan ketenangan dan ketangkasan di gawang, kehadiran Haziq bakal memperkukuh benteng terakhir pasukan.

Musim lalu, Haziq Nadzli telah dipinjamkan ke pasukan Perak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan merekodkan sebanyak 19 penampilan buat The Bos Gaurus selain 6 aksi tanpa bolos di Liga Super.

Kini, Haziq bakal menyarung jersi Kuching City selepas turut mengucapkan ucapan terima kasih buat pasukan asal beliau, JDT setelah 7 musim bersama sejak tahun 2017 yang lalu.