Hector Bidoglio: Arif Aiman Contoh Anak Muda Yang Beri Komitmen Terbaik
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengarah Teknikal pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memuji impak yang dibawa oleh bintang muda sensasi pasukan, Arif Aiman Hanapi terhadap persembahan pasukan.

Pemain bertubuh kecil itu merupakan tunjang buat kelab pada beberapa musim

kebelakangan ini menerusi persembahn komsisten setiap kali diberi peluang.

Advertisements

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa di JDT, mereka sentiasa meletakkan aras yang cukup tinggi kepada semua pemain untuk terus bersaing pada tahap terbaik.

Malah, Bidoglio sempat memuji impak pemain kelahiran Maran, Pahang itu apabila beliau sentiasa menunjukkan komitmen terbaik di atas padang.

“Arif Aiman adalah contoh anak muda yang memberikan komitmen, keinginan dan prestasi terbaik.”

Advertisements

“Hong Wan dan Feroz Baharudin juga telah mengambil peluang yang diberikan dengan baik.”

Bekas ketua jurulatih kelahiran Argentina ini juga menyatakan para pemain sentiasa boleh berkembang dengan baik di JDT sekiranya sentiasa turun dengan komitmen dan motivasi terbaik selain mengambil setiap ruang dan peluang yang diberikan.

Pada musim ini, Arif menjadi pemain paling banyak melakukan bantuan gol buat JDT apabila merekodkan 17 bantuan gol dalam semua pertandingan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram