Héctor Bidoglio Beri Peluang Kedua Akhyar Rashid Menyinar
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi sinar baharu buat pemain sayap sensai pasukan, Akhyar Rashid untuk tampil dengan lebih kerap selepas ini.

Bintang berusia 23 tahun itu kerap kemanaskan bangku simpanan di bawah kendalian bekas jurulatih, Benjamin Mora dan tidak diturunkan mahupun sebagai pemain gantian.

Walau bagaimanapun, kelibat pemain ini dikesan beraksi selepas pengendali kelahiran Argentina itu memasukkan beliau selaku pemain gantian pada separuh masa kedua.

Advertisements

Akhyar menggunakan sebaik mungkin pengalaman luasnya beraksi di pentas tertinggi bola sepak untuk menewaskan barisan pertahanan lawan.

Malah, gerakan dan juga gelecekan oleh anak jati kelahiran Kedah ini menyukarkan pasukan pelawat untuk beraksi dengan baik.

Sungguhpun sudah lama tidak beraksi, beliau masih membuktikan bahawa kelibatnya mampu menghadirkan impak yang cukup besar untuk menajamkan lagi jentera serangan JDT.

Advertisements

Kemenangan besar 4-0 ke atas Melaka United itu melebarkan lagi kedudukan pasukan Harimau Selatan selaku pendahulu liga apabil dibezakan dengan 6 mata dengan Sabah setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram