Hector Bidoglio: JDT Mahu Rangkul Semua Trofi Di Liga Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjuarai Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC tempoh hari bukanlah penamat kepada keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mengejar kejuaraan musim ini.

Sehingga kini, JDT sudah menjulang dua trofi yang ditawarkan iaitu trofi Piala Sumbangsih dan juga yang terbaru, Piala FA. Ini bermakna berbaki dua lagi trofi yang tinggal untuk direbut semua pasukan iaitu kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia.

Menurut pengendali JDT, Hector Bidoglio, pasukan JDT kini menumpukan sepenuh perhatian untuk mengekalkan Liga Super sebelum mengalihkan tumpuan kepada Piala Malaysia yang dijadualkan akan dilangsungkan seusai tamat saingan liga.

Advertisements

“Selepas menjuarai Piala FA, kami kini fokus untuk meraih gelaran Liga Super yang semakin hampir ke penghujungnya sebelum memberi tumpuan kepada saingan Piala Malaysia.

“Saya tidak mahu para pemain berpuas hati dengan kejayaan sekarang dan mahu mereka terus bekerja keras untuk merealisasikan impian merangkul semua kejuaraan Liga Malaysia musim ini,” katanya selepas tamat perlawanan akhir Piala FA.

Untuk rekod, pasukan Kedah pernah melakukan ‘double treble’ apabila membolot semua trofi dalam dua musim berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Manakala Kelantan pernah melakukannya pada tahun 2012.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram