Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin dengan kemampuan anak didiknya untuk melakar kejutan ketika berdepan dengan Urawa Reds esok.
Pengendali kelahiran Argentina itu dalam satu tembual pra perlawanan tadi menegaskan, pertembungan dengan juara dua kali Asia ini menjadi ujian sebenar untuk melihat kemampuan anak didiknya.
Bahkan, beliau, barisan kejurulatihan dan juga para pemain Harimau Selatan sedar dengan kelebihan yang dimiliki lawan namun tidak akan membuatkan JDT tidak memberikan saingan yang selayaknya.
“Kami tahu perlawanan ini akan menjadi sukar buat pemain namun kami akan menunjukkan kesungguhan bagi menampilkan aksi terbaik kami.”
“Kita juga sudah pun mengingatkan para pemain tentang pentingnya perlawanan seperti ini dan mereka perlu kekal fokus.”
Bekas pengendali Newell Old Boys ini yang juga baru sahaja 3 minggu mengambil alih JDT daripada bekas jurulatih, Benjamin Mora mengakui bukanlah satu tugas yang sukar untuk membimbing para pemainnya.
Pemain JDT dikesan mempunyai mentaliiti yang amat baik dan tahu apa yang mereka perlu lakukan esok.
“Para pemain menunjukkan mentaliti yang sangat luar biasa.”
Bidoglio juga sudah pun membuat analisis terhadap permainan Urawa Reds yang gemar bermain dengan hantaran pendek.
Kini, tugas sebenar menanti beliau dalam usaha untuk memastikan para pemain JDT bersedia mental dan fizikal ketika turun berdepan gergasi Jepun, malam esok.