Hector Bidoglio: Jordi Amat Pemain Berpengalaman
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio menyifatkan pertahanan tengah sensasi, Jordi Amat telah melaksanakan tugas dengan sangat baik.

Pemain naturalisasi Indonesia itu turun mengemudi pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Matt Davies dan Adam Nor Azlin dalam aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Kelantan pada semalam. Gandingan ini dilihat mudah menyekat setiap asakan dan serangan yang dilancarkan pasukan Kelantan sekaligus berjaya menjaga kubu daripada dibolosi.

Pengendali JDT itu menjelaskan bahawa Jordi merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman. Beliau banyak membantu dan membimbing rakan sepasukan ketika di dalam padang dan ini merupakan satu kelebihan buat pasukan.

Advertisements

“Jordi Amat merupakan pemain yang bagus. Dengan pengalaman yang sedia ada, beliau berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik. Beliau juga berkebolehan bermain di mana-mana posisi. Jadi kita tahu dan akui beliau merupakan pemain yang sangat berbakat,” ujar Hector Bidoglio usai perlawanan.

Jika dilihat daripada hantaran terkini JDT di laman Facebook, ramai dalam kalangan peminat JDT dan rakyat Indonesia sendiri yang berpuas hati dengan aksi Jordi. Rata-ratanya meninggalkan komen positif dan memuji impak besar pemain berusia 30 tahun ini.

JDT bakal berdepan pasukan kendalian Ong Kim Swee, Sabah FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Likas pada 15 November 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram