Hector Bidoglio: Permukaan Padang Sukarkan JDT

Hector Hector Bidoglio: Permukaan Padang Sukarkan JDT
hectorbidoglio

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui permukaan padang jelas menyukarkan JDT untuk beraksi dengan baik dalam perlawanan malam tadi. 

Bagi beliau, itu antara faktor yang menyebabkan rentak permainan anak buahnya terjejas dan tidak sama seperti yang biasa dipraktikan sebelum ini. 

Walau bagaimanapun, perkara itu diambil positif oleh Hector. Beliau yakin ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. 

“Kami tidak dapat bermain dengan corak pantas disebabkan permukaan padang yang tidak sama seperti kebiasaan kami bermain, dan kami lihat ia sukar untuk kami,” katanya kepada Harian Metro. 

“Kami tahu ia akan jadi aksi yang sukar, dan sebelum datang ke sini kami sudah menjangkakannya. Ia menunjukkan beberapa perkara perlu ditingkatkan dan kami percaya kepada kemampuan 100 peratus dengan pemain,” ujarnya.

Keputusan itu membolehkan JDT mengumpul 42 mata sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama Liga Super.