Héctor Bidoglio Tak Mahu Kekalahan Lalu Hantui JDT
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyedari kemampuan dan ancaman yang bakal diberikan oleh Terengganu menjelang Final Piala FA sambil mengharapkan agar pemainnya tidak dihantui kegagalan lalu.

Umum mengetahui bahawa Harimau Selatan telah tumpas kepada KL City di venue yang sama ketika final Piala Malaysia tahun lalu.

Sambil itu, pengendali kelahiran Argentina itu mengakui Terengganu merupakan sebuah pasukan yang sangat baik dan mampu memberikan masalah kepada pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Bidoglio yakin dengan kemampuan barisan pemainnya dalam usaha mereka untuk menjulang kejuaraan ini selepas kali terakhir melakukannya 5 tahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau mahu anak buahnya untuk mengekalkan falsafah dan identiti permainan pasukan sambil tidak memberi ruang dan peluang kepada anak didik Nafuzi Zain merencanakan gerakan.

“Kami sedar akan kualiti yang dimiliki oleh Terengganu tetapi para pemain kami sudsh bersedia untuk final ini.”

Advertisements

“Kami juga sentiasa bekerja keras dan akan melakukan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.”

Hector juga tidak mahu kekalahan kepada KL City menghantui para pemain dan mahu mereka mengekalkan fokus pada perlawanan akhir ini.

“Kami sentiasa berfikir tentang masa depan dan bukannya perkara yang telah lalu,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

Advertisements

JDT kini dalam landasan terbaik untuk menjulang piala dalam usaha untuk menambah koleksi trofi kejuaraan buat kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram