Hector Hevel Pemilik Jersi No.8 Baharu JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain warisan Harimau Malaya kini sah diperkenalkan sebagai perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perpindahan ini diumumkan oleh Johor Southern Tigers dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di media sosial sekaligus menjadikan Hector Hevel pemain baharu JDT.

”Selamat datang ke gelanggang Sang Juara,” umum JDT.

Di dalam video tersebut juga, Hevel diperkenalkan sebagai pemilik jersi nombor 8 baharu skuad Harimau Selatan yang pernah digunakan oleh lagenda, Safiq Rahim sejak 2013 lalu.

Selain Hevel, seorang lagi pemain warisan Malaysia iaitu Jon Irazabal turut diumumkan sebagai bintang baharu JDT pada Isnin menjadi rekrut ke-5 Harimau Selatan menjelang musim baharu nanti.

Musim lalu, Hector Hevel beraksi untuk kelab di Liga Divisyen 2 Portugal, Portimonense dan mengakhiri saingan di tangga ke-15 meski baru sahaja menyertai pasukan pada awal tahun 2025.

Untuk rekod, Hevel merekodkan sebanyak 13 penampilan bersama Portimonense dan telah melakukan dua bantuan jaringan sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia.