Hector Hevel Bakal Sertai JDT
MakanBola
ANFA

Pemain tengah Harimau Malaya, Hector Hevel akui bakal menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketika ini, Hector Hevel sedang dalam persiapan terakhir bersama Harimau Malaya menjelang aksi getir berdepan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

Menerusi sidang media pada Jumaat, Hevel mengakui akan sertai pasukan Juara Liga Super Malaysia 11 Kali, JDT pada musim hadapan bagi memperkuat cabaran skuad Harimau Selatan.

”Ya, saya akan sertai JDT pada musim akan datang,” umum Hector Hevel kepada pihak media.

Musim lalu, Hevel beraksi bersama kelab di Liga Divisyen 2 Portugal, Portimonense dan mengakhiri saingan di tangga ke-15 ketika baru sahaja menyertai pasukan itu pada awal tahun 2025.

Untuk rekod, Hevel mencatatkan 13 penampilan bersama Portimonense musim lalu dan telah membuat dua bantuan jaringan.