Hector Jadikan Selangor Sebagai Sesi Panas Badan Bagi Menentang Terengganu Di Final
Dunia
hectorbidoglio
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyatakan bahawa beliau berkemungkinan akan jadikan pasukan Selangor sebagai perlawanan panas badan bagi menentang Terengganu di final Piala FA pada 10 September 2022.

Beliau menjelaskan setiap hari beliau akan sentiasa melihat dan memantau prestasi semasa setiap pemain. 

Ini membuktikan pasukannya dalam keadaan bersedia menurunkan sesiapa sahaja yang cemerlang untuk beraksi.

Advertisements

Hector juga akui anak buahnya perlu mengekalkan momentum untuk menentang Terengganu di final nanti. 

“Kita akan menilai daripada hari ke hari untuk melihat keadaan setiap pemain kita. Di JDT, kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk memastikan pemain terbaik akan beraksi di atas padang.”

“Kita akan tengok balik pemain-pemain ini untuk menentang Selangor dan juga seterusnya bersedia untuk melawan Terengganu”, katanya.

Advertisements

Mengikut rekod, JDT sudah mengharungi 15 perlawanan dengan mengumpul 41 mata manakala Sabah di tempat kedua dengan 35 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram