Helah Amri Yahyah Ditagih, Bakal Jadi Duri Dalam Daging JDT?
Blog
Advertisements

Perlawanan Liga Super ke -18 melibatkan pertembungan antara pasukan tangga teratas liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah FC akan berlangsung pada Ahad di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Pertembungan ini pastinya menjadi detik penentu buat kedua-dua pasukan ketika Harimau Selatan pastinya ingin mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas liga. Ketika ini, JDT telah mengumpul 42 mata selepas 17 perlawanan dan Sabah pula hanya berjaya mengumpul 19 mata.

Benjamin Mora pastinya menuntut aksi cemerlang anak buahnya untuk terus memperagakan aksi konsisten apabila berjaya mengekalkan rekod cemerlang sejak liga bersambung semula. Namun begitu, perjalanan yang kurang baik dilalui oleh pasukan Sabah yang masih belum mencatat sebarang kemenangan sehingga kini.

Advertisements

Cabaran terbesar pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto adalah untuk merantai pergerakan penjaring terbanyak Liga Super dan juga JDT, Bergson Da Silva. Beliau telah berjaya mencatat 17 gol bersama pasukan Harimau Selatan dan pastinya khidmat beliau terus ditagih untuk merobek gawang gol pasukan Sabah FC.

Sungguhpun begitu, kehadiran pemain berpengalaman pasukan Sabah, Amri Yahyah boleh disifatkan sebagai duri dalam daging buat pasukan Johor, tatkala aksi yang ditampilkan dalam 3-4 perlawanan sebelum ini dilihat sukar dikawal oleh pasukan lawan. Pemain kelahiran Tanjung Karang itu sudah pasti menjadi taruhan terbaik oleh Kurniawan untuk digandingkan bersama seorang lagi pemain sayap lincah Indonesia, Saddil Ramdani.

Amri yang terkenal dengan elemen-elemen uniknya di atas padang selain kebolehan beliau menjaringkan gol dalam situasi sukar pastinya perlu menjadi perhatian para pemain JDT agar usaha mereka meraih kemenangan berharga boleh dicapai. Sabah juga perlu menggandakan usaha untuk menembusi gawang JDT yang hanya dibolosi 2 gol sejak saingan bersambung.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram