Hello Stadium Sultan Ibrahim!
Dunia
Advertisements

“Welcome to Sultan Ibrahim Stadium”. Mungkin inilah kata-kata ketua lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim kelak. Stadium baru Johor Darul Ta’zim.

Jika di eropah, lawatan ke stadium merupakan sesuatu yang menerujakan, namun ianya tidak berlaku di Malaysia. Dengan fasiliti yang tidak lengkap dan stadium usang yang tidak dijaga, tiada apa yang menarik.

Di Old Trafford, kos satu sesi lawatan stadium adalah sekitar RM130 dan katakanlah mereka menerima purata lawatan sebanyak 50 orang sehari. Ini bermakna mereka menerima sekurang-kurangnya RM2.2 juta setahun hanya dari program lawatan ke stadium.

Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim bakal dirasmikan malam ini jam 9.00 malam dan ianya juga akan disiarkan secara langsung di TV 2 (RTM). Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat stadium canggih ini dirasmikan dengan gilang gemilang dan dihadiri lebih 40,000 penonton.

Aktiviti majlis perasmian masih dirahsiakan dan mungkin ada kejutan dari TMJ? Tiada siapa tahu kerana TMJ amat menggemari elemen kejutan sejak akhir-akhir ini.

Stadium Sultan Ibrahim dianggarkan dibina dengan kos RM200 juta ringgit. Kurang 70 juta berbanding kos pembinaan Stadium Sultan Mizan, Terengganu yang dibina dengan kos sebanyak RM270 juta.

Advertisements

Jika dilihat perbandingan dengan lain-lain stadium bola sepak di Asia Tenggara, Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi Stadium Terbaik Dirantau Ini dengan fasiliti canggih setanding stadium milik kelab-kelab ternama Eropah seperti Juventus, Manchester United dan Arsenal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram