Advertisement
Herold Goulon Hilang?
Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan Football Club

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) telah mengadakan satu majlis bagi memperkenalkan kesemua pemain Negeri Sembilan yang bakal bersaing dalam kempen Liga Malaysia musim ini. Majlis itu diadakan di Gembox, Nilai semalam.

Namun ada sedikit kegusaran yang membelenggu penyokong yang hadir semalam apabila kelibat pemain bintang mereka, Herold Goulon tidak kelihatan sehingga majlis tamat. Ianya menimbulkan tanda tanya memandangkan kurang 24 jam sebelum itu, foto Goulon digunakan di dalam poster bagi majlis tersebut.

Melalui satu ciapan twitter daripada UltraJang, beliau memberitahu nama Goulon telah dipanggil oleh juruacara, Akbar Sahari namun hasrat penyokong untuk bertemu Goulon berakhir dengan kekecewaan apabila pemain dari Perancis itu tidak kelihatan.

Untuk rekod, Goulon merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan Negeri Sembilan musim ini. Selain Goulon, Negeri Sembilan telah membawa masuk tiga lagi pemain import iaitu Levy Madinda, Casagrande dan Vinicius Leonel da Silva.

Tanpa pemain import untuk kuota Asia dan ASEAN, ini bermakna, setiap perlawanan yang dilalui Negeri Sembilan, mereka hanya dapat menampilkan tiga orang pemain import manakala seorang lagi akan berada di bangku simpanan.