Hilang Syafiq Ahmad, Kedah Sahkan Akan Bawa Masuk Enam Pemain
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali mengakui pasukan Sang Kenari merasai ketiadaan Syafiq Ahmad yang kembali ke pangkuan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun begitu pihak KDA FC akur dengan situasi tersebut dan pasukan itu kini sudah mempunyai pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syafiq Ahmad.

Menurut Khamal, Syafiq hanyalah pemain pinjaman bersama KDA musim ini dan mereka tidak ada hak untuk menghalang perkara itu.

Advertisements

“Ketiadaannya dalam pasukan selepas ini akan dirasai tetapi sudah ada pengganti, iaitu anak Kedah sendiri.

“Dia hanya pemain pinjaman sahaja… kalau majikan mahu dia kembali kita tidak boleh halang.

“Dan Kedah terpaksa meneruskan tanpa penyerang terbaik tanah air, tetapi kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti,” kongsi Khamal seperti dilaporkan portal Flash Sukan.

Advertisements

Dalam pada itu, Khamal mengesahkan skuad Kedah bakal berubah wajah apabila dijangkakan enam pemain akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan. Enam pemain tersebut terdiri daripada tiga pemain tempatan dan tiga pemain import.

“Tiga pemain import dan tiga pemain tempatan bakal diserapkan ke dalam skuad Kedah kerana prestasi mereka yang kurang memuaskan dan juga kecederaan enam pemain yang bakal ditamatkan kontrak mereka bersama KDAFC musim ini.

“Ketika ini kita sudah kenal pasti tiga pemain import yang bakal turut serta bersama pasukan Keedah iaitu seorang pemain Asia, seorang pemain ASEAN dan seorang pemain bebas mungkin dari benua Afrika, Eropah ataupun Amerika Selatan.

Advertisements

“Malah kami sedang berurusan dengan tiga pemain import yang bakal di tamatkan kontrak dan juga ganti rugi yang akan di berikan kepada mereka kalau bersetuju dengan tawaran kami pasti akan mempercepatkan lagi penukaran pemain ini

“Bagi tiga pemain tempatan pula kita sudah menghubungi mereka tetapi mereka juga perlu mendapatkan pelepasan daripada majikan mereka untuk bersama pasukan Kedah,” kata Khamal.

Mengakui masa semakin suntuk dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC bulan depan, Khamal berharap proses pengambilan enam pemain baharu ini berjalan lancar.

Advertisements

“Tidak ada jalan lain kecuali kita membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan kembali prestasi pasukan dan permainan ketika bertemu Negeri Sembilan di Alor Setar yang dibarisi oleh beberapa pemain muda telah menampakkan sedikit peningkatan.

“Kita tidak mampu berlengah lagi kalau boleh mahu percepatkan proses pengambilan enam pemain baharu ini secepat mungkin ketika jendela perpindahan bermula pada 28 Mei ini,” kata Khamal.

KDA FC kini berada di tangga ke-4 Liga Super dengan mengumpul 14 mata dari 9 perlawanan yang dilalui.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram