Hilang Syihan, Negeri Sembilan Garang Berbelanja
Dunia
nsfc1923
Advertisements

Menjelang musim baharu yang dijangka akan bermula bulan hadapan, Negeri Sembilan sudah membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Mahali Jasuli, Hasbullah Abu Bakar, Hafiz Ramdan dan Shahrel Fikri. Dalam masa yag sama, mereka juga mengekalkan Zaquan Adha sebagai ketua pasukan.

Dengan penjaga gol utama mereka, Syihan Hazmi yang sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim baru ini, ternyata ianya bukanlah isu yang sangat besar untuk ditangani ini kerana mereka terus bertindak mencari pengganti yang sesuai.

Malah, Negeri Sembilan seperti ‘lepas geram’ selepas kehilangan Syihan apabila mereka sah merekrut seramai empat penjaga gol baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syihan dalam skuad ‘Jang’ musim 2023.

Advertisements

Empat penjaga gol yang menjadi rekrut terbaru Negeri Sembilan ialah bekas penjaga gol Sarawak United, Tauffiq Ar Rasyid, bekas penjaga gol JDT II, T. Shaheeswaran, bekas penjaga gol PDRM FC, Firdaus Irman dan penjaga gol yang dipinjam dari Selangor, Sikh Izhan Nazrel.

Persaingan sengit sudah pasti akan berlaku di antara empat penjaga gol baharu ini. Kepakaran Jurulatih penjaga gol Negeri Sembilan, Megat Amir Faisal dijangka terus ditagih bagi melahirkan seorang lagi penjaga gol berkualiti seperti apa yang dipamerkan Syihan sepanjang musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram